Sunday, 29 April 2012
Mohon Berkat Guru
Imam al-Ghazali menggambarkan bahawa mempelajari
ilmu mempunyai adab yang tersendiri. Jika melalaikannya
maka tiadalah keberkatan pada ilmu tersebut. Jadi, untuk
memiliki ilmu yang penuh berkat dan mudah mengamalkan
ilmu tersebut, hendaklah sentiasa menghormati guru.
Perolehi berkat guru dengan........
1. Memberikan sepenuh 2. Mendiamkan diri sewaktu
perhatian kepada guru. guru sedang menyampaikan
pelajaran.
3. Menunjukkan minat
terhadap apa yang 4. Tidak meninggikan suara
disampaikan terhadap guru, sebaliknya
memadailah berkata dengan
5. Sekiranya perlu bertanya, suara yang boleh didengari.
pastikan guru bersedia
memberikan jawapan. 6. Menghormati guru di hadapan
dan di belakangnya.
7. Menutup kelemahan guru
agar tidak didedahkan 8. Mendoakan kebaikan baginya.
tanpa keperluan
_______________________________________________________
Di ambil dari majalah:
Gen-Q oleh Teacher Ruby.
Sunday, 22 April 2012
Islam Adalah Cara Hidup
__________________________________________________________________
1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal - DOWLOAD usaha untuk memberi semangat.
5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita bersedih - SELECT ibubapa untuk meluahkan
perasaan.
7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat
8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya
bersih hati.
9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk
memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru
dan bertaubat nasuha.
______________________________________________________________
Di ambil dari majalah:
Gen-Q oleh Teacher Ruby.
Sunday, 15 April 2012
Tiada Taat Dalam Maksiat part 4
Bahaya Menyuruh Kepada Maksiat
___________________________________________
Mereka yang melakukan maksiat secara bersendirian akan
mendapat dosa akibat perbuatannya. Tetapi, jika mereka
menyuruh dan mengajak orang lain untuk turut melakukannya,
maka penunjuk ajar kepada maksiat itu akan mendapat dosa
walaupun dia tidak melakukannya pada waktu itu.
(Riwayat Imam Muslim)
Pengajaran daripada semua part
1. Sentiasa memperbanyakkan zikir
sebagai pendinding kepada perlakuan
maksiat.
2. Menasihati orang yang mengajak ke
arah maksiat dengan cara yang terbaik
3. Berusaha mengajak orang lain kepada
melakukan kebaikan.
______________________________________________________
Di ambil dari majalah:
Gen-Q oleh Ustaz Muhammad Yusuf A. Kadir.
___________________________________________
Mereka yang melakukan maksiat secara bersendirian akan
mendapat dosa akibat perbuatannya. Tetapi, jika mereka
menyuruh dan mengajak orang lain untuk turut melakukannya,
maka penunjuk ajar kepada maksiat itu akan mendapat dosa
walaupun dia tidak melakukannya pada waktu itu.
Sabda Nabi S.A.W. :
"Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk (kebaikan),
baginya ganjaran sama seperti ganjaran orang yang
mengikutunya dan tidak dikurangi sedikit pun daripada
ganjaran mereka. Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan
(maksiat), baginya dosa sama seperti dosa mereka
yang mengikutnya dan tidak dikurangi sedikit pun
daripada dosa mereka."(Riwayat Imam Muslim)
Pengajaran daripada semua part
1. Sentiasa memperbanyakkan zikir
sebagai pendinding kepada perlakuan
maksiat.
2. Menasihati orang yang mengajak ke
arah maksiat dengan cara yang terbaik
3. Berusaha mengajak orang lain kepada
melakukan kebaikan.
______________________________________________________
Di ambil dari majalah:
Gen-Q oleh Ustaz Muhammad Yusuf A. Kadir.
Sunday, 8 April 2012
Tiada Taat Dalam Maksiat part 3
Maksiat Tanpa Taat
____________________________________
Seringkali sesuatu maksiat itu dilakukan bukan dengan
suruhan atau paksaan daripada orang lain. Tetapi, ia
dikerjakan akibat tertipu dengan hasutan syaitan dan
ajakan hawa nafsu.
Ia bukan sahaja melibatkan anggota badan yang zahir,
bahkan hati juga akan terbabit dalam melakukan maksiat
seperti riyak, dendam, bersangka buruk, dan sebagainya.
Mereka yang menahan dirinya daripada melakukan
maksiat akan mendapat ganjaran yang besar daripada
Allah S.W.T.
Sayidina Umar pernah ditanya tentang sesuatu kaum
yang berkeinginan melakukan maksiat tetapi tidak
melakukannya.
Beliau menjawab:
"Mereka itulah kaum yang diuji hati-hati mereka
oleh Allah S.W.T. ke arah (mencapai) Ketakwaan.
Bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar." _________________________________________________________
Di ambil dari majalah:
Gen-Q oleh Ustaz Muhammad Yusuf A. Kadir.
Sunday, 1 April 2012
Tiada Taat Dalam Maksiat part 2
Taat Dalam Maksiat
_______________________________________
Maksiat adalah perbuatan yang menyalahi apa yang disuruh
atau melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah S.W.T.
dan nabi Muhammad S.A.W.
Contohnya, Allah S.W.T. menyuruh agar umat Islam
mengejakan solat. Maka, perbuatan tidak mengerjakan
solat merupakan suatu kemaksiatan kepada Allah S.W.T.
Pengecualian dalam ketaatan adalah pada perkara yang
meletakkan diri seseorang di dalam kemaksiatan kepada
Allah S.W.T. walaupun ia disuruh oleh mereka yang mempunyai
kedudukan seperti guru, pemimpin walau ibubapa sekalipun,
namun ketaatan sebenar adalah kepada Allah S.W.T.
Pada waktu itu, segala arahan yang menyuruh seseorang
melakukan maksiat kepada Allah S.W.T. adalah haram untuk
dilakukan.
_________________________________________________________
Di ambil dari majalah:
Gen-Q oleh Ustaz Muhammad Yusuf A. Kadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)