Sunday, 20 May 2012

Ubat Penyakit Marah

Ubat Penyakit Marah....
_____________________________________
















1. Sabar dan sentiasa mengawal perasaan
      marah atau emosi. Biasanya kalau kita
      mengawal perasaan negatif dalam diri
      kita nanti hati kita jadi beku.

2. Usah bertangguh untuk memohon maaf
      kepada orang yang kita marahi. Biasanya
      kalau kita cepat-cepat meminta maaf atau
      memaafkan nanti kita dijauhi daripada
      sifat bodoh.

3. Insaflah diri dengan mengingati bahawa
      kemarahan itu mendatangkan seksaan
      Allah S.W.T. Biasanya kalau kita tidak 
     insaf nanti syaitan akan duduk di hati
     kita.

4. Sentiasa menghindarkan diri daripada
      sifat benci, dengki dan dendam terhadap
      orang lain. Biasanya kalau kita biarkan
      perasaan negatif itu bersarang dalam
      hati nanti syaitan akan menyukai kita
      untuk dijadikan teman.

















5. Selalulah memantapkan keimanan kita
      dengan kerap melakukan perbuatan yang
      baik. biasanya kalau kita tidak melakukannya
      maka nanti perkara jahat mudah pula kita
      buat.

6. Ingatlah selalu bahawa Allah S.W.T.
      membenci sifat marah. Biasanya kalau kita
      tak beringat nanti syaitan mudah membawa
      kita melakukan perkara yang dibenci
      Allah S.W.T.

7. Tanamkan sifat lemah lembut dan sentiasa
      saling hormat menghormati dengan orang
      lain. Biasanya kalau kita tidak bersifat
      begitu nanti orang lain akan takut mendakati
      kita.


___________________________________________________


Di ambil dari majalah:
                  Gen-Q oleh Teacher Ruby.







     

No comments:

Post a Comment