ALMARHUM SYEIKH NIAMAT YUSOFF
_______________________________________________________
Sebuah kampung yang bernama Derang tidak mugkin terkenal tanpa dikaitkan
dengan seorang tokoh agama bernama Al-Fadhil Syeikh Niamat Bin Yusoff.
Pertalian bukan kerana tempat kelahiran, tetapi disebabkan teras sebuah pusat
pendidikan Islam yang pertama mewujudkan pengajian dari peringkat rendah
ke peringkat tinggi berasrama penuh dibawah pimpinan beliau.
Di sebalik keupayaan menerokai sekolah yang bernama Maahad Tarbiyah Islamiah ini,
terungkap sejarah pengalaman dan keilmuan yang mendasari keperibadian dirinya.
Beliau dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1940 di Kepala Batas, Pulau Pinang,
Sebuah daerah yang ketika itu terkenal dengan sekolah-sekolah yang masyhur
di Nusantara. << Read More >>
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment