Nasihat Imam Ibnul Wardi
___________________________________________
gambar:Hasnulhadiahmad |
"Hendaklah kau sentiasa bertaqwa kepada Allah Taala,
kerana taqwa itu tidak bertapak di hati seseorang kecuali
orang itu akan sampai kepada Allah taala."
"Orang yang gagah perkasa itu bukan orang yanh mampu
merebahkan musuh ketika ia merompak di jalan, tetapi
orang yang gagah itu ialah orang yang bertaqwa akan Allah
Taala."
Keterangan
Taqwa dalam erti kata yang seluas-luasnya ialah menjunjung segala
perintah Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya, dan dalam
bahasa lain ialah melaksanakan segala tuntutan syariat dalam segala
bentuknya, sama ada terhadap dirinya sendiri mahupun terhadap orang
lain, ataupun terhadap Allah Taala.
Maka orang yang bersifat dengan taqwa itu ialah orang berjaya
di dunia ini dan berbahagia di akhirat kelak. Dan orang yang bertaqwa
itu adalah orang yang paling gagah dan perkasa, kerana ia adalah
seorang yang mampu berhadapan dengan segala musuh-musuhnya,
sama ada yang tidak nampak iaitu iblis dan syaitan, mahupun yang
nampak seperti godaan dunia, ataupun yang berada dalam dirinya
iaitu hawa nafsu.
sumber:Buku Ya Bunayya!
( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam
No comments:
Post a Comment