Wednesday, 18 January 2012

Jangan Membuang Masa


Nasihat Imam Ibnul Wardi
___________________________________






















"Tinggalkan tidur dan hendaklah engkau bangun mencari ilmu.
Siapa yang mengetahui kebesaran dan ketinggian ilmu,pasti akan
merasa ringan mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya."


Keterangan

Kalau kamu mahu mendapat ilmu yang luas maka kamu mesti
bersungguh-sungguh mencarinya, kamu mesti sanggup berkorban
dengan apa sahaja yang kamu miliki, maka termasuklah dalam hal
ini kamu mesti mengorbankan waktu rehatmu.
        Jangan terlalu banyak rehat. Jangan terlalu banyak tidur,
tetapi asahlah otakmu dan penuhkanlah waktumu untuk berlajar
ilmu. Maka barangsiapa mengetahui hakikat kebesaran ilmu
dan ketinggian darjatnya di sisi Allah Taala, pasti ia ringan berkorban
dengan apa sahaja yang dimilikinya.

sumber:Buku Ya Bunayya!
           ( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
           Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam

 

No comments:

Post a Comment