gambar:PTS |
Apabila tiba hari Jumaat,mereka bersedia hendak mengerjakan sembahyang
Jumaat.Timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan
Muhammad al-Fateh mencadangkan gurunya Syeikh Syamsudin al-Wali
tetapi dia menolak secara baik dengan alasan dia sudah tua.
"Carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam,"
kata Syeikh Syamsudin al-Wali.
Sultan Muhammad al-Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu.
Kemudian, baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata,
"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembayang fardu lima waktu,
sila duduk!"
Tidak ada seorang pun yang duduk menandakan kesemua tentera Sultan
Muhammad al-Fateh tidak pernah meninggalkan sembahyang fardu lima waktu.
Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh berseru lagi,"Siapakah antara kalian
yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib,sila duduk!"
Separuh antara tenteranya duduk. Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh
bertanya lagi,"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang
sunat tahajud,sila duduk!"
Semua yang berdiri, duduk kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad
al-Fateh sendiri.Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan
sembahyang fardu lima waktu,sembahyang sunat rawatib dan sembahyang sunat
tahajud.
"Tuanku yan paling layak menjadi imam,"kata Syeikh Syamsudin al-Wali.
___________________________________________________________________
Ini adalah antara cerita yang aku suka dalam buku Sultan Muhammad al-Fateh.
Buku ni aku suka baca,dah berapa kali aku baca tapi tak puas-puas.
Jika korang nak beli buku ni sila klik bookcafe.com.my
No comments:
Post a Comment