Wednesday, 11 January 2012

Berbuat Baik Kepada Jiran


Nasihat Imam Ibnul Wardi
_____________________________________

















"Berbaik-baiklah dengan jiranmu walaupun ia menyakitimu.
Sehingga apabila engkau sudah tidak dapat bersabar lagi,
maka yang lebih baik bahawa engkau berpindah ke tempat lain."

Keterangan

Hendaklah kamu berbuat baik kepada jiran yang tinggal berhampiran dengan
rumahmu walaupun dia sendiri melakukan perbuatan yang menyakitkan kamu.
Engkau hendaklah sentiasa menjadi orang yang baik walaupun orang lain
melakukan kejahatan ke atas dirimu.Di saat engkau mengerjakan kebaikan tiada
sedikit pun berkuran pahalamu walaupun orang lain berbuat sebaliknya terhadap
dirimu.
      Barangkali pada suatu masa nanti dia sedar dan memikirkan kesalahannya
lalu ia merubah sikapnya yang buruk. Maka engkau telah menyebabkan seseorang
itu menjadi baik dan berakhlak mulia. Tetapi apabila engkau membalas kejahatan
dengan kejahatan, maka kejahatan akan bertambah banyak dan akan menjadi
merumitkan lagi keadaan yang sedia keruh dan tidak baik itu.

sumber:Buku Ya Bunayya!
           ( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
           Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam

No comments:

Post a Comment