Nasihat Imam Ibnul Wardi
_______________________________________
"Letaklah dirimu antara boros dan kedekut dalam
belanja hidup.Boros atau kedekut pasti ia akan
membinasakan diri."
Keterangan
Sifat pertengahan, iaitu tidak terlalu boros dan tidak pula kedekut dalam
belanja hidup adalah sifat yang terpuji. Boros membawa kepada kebinasaan,
Begitu pula sebaliknya kedekut juga akan membinasakan.Yang paling baik
ialah yang pertengahan.
Jadi di dalam mentadbirkan rumah tangga, kita memerlukan kepada
kecermatan sehingga segala sesuatu itu tepat pada tempatnya, tepat pada
waktunya dan sesuai dengan jumlah yang diperlukan.
Jangan berlebih-lebihan kerana membawa kepada pembaziran dan
mensia-siakan harta. Jangan pula kurang dari kadar yang patut kerana
yang demikian itu mungkin menyebabkan kurangnya gizi yang diperlukan
oleh tubuh manusia.
sumber:Buku Ya Bunayya!
( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam