Friday, 30 December 2011

Mendalami Ilmu Agama


Nasihat Imam Ibnul Wardi
__________________________________


gambar: I Luv Islam



















"Khususnya, berikan perhatianmu untuk mendalami ilmu-ilmu
agama. Dan jangan engkau meninggalkan kerana sibuk mencari
harta dan pengikut."

Keterangan

Ilmu-ilmu agama itu sangat banyak cabangnya, seperti ilmu tauhid,
fekah, tasauf, tafsir dan lain-lainnya. Maka hendaklah ilmu-ilmu itu
dipelajari secara sakama dan penuh perhatian. Dan jangan sampai
engkau tinggalkan belajar ilmu agama itu kerana engkau disibukkan
mencari dunia dan kedudukan. Nanti kamu akan menyesal.


sumber:Buku Ya Bunayya!
           ( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
           Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam






Thursday, 29 December 2011

Ilmu Itu Indah Bila Diamalkan


Nasihat Imam Ibnul Wardi
______________________________________

gambar:Hasnulhadiahmad


















"Bila ilmu kita bertambah bererti musuh telah kalah.Dan
keindahan ilmu itu ialah bila ia dapat membimbingmu untuk
mengamalkannya."


Keterangan

Orang yang berjaya mendapatkan ilmu itu bererti ia telah berjaya melalui
rintangan dan halangan yang berat di sepanjang jalannya, sama ada halangan
itu dari iblis, syaitan atau hawa nafsu yang sentiasa mencuba untuk menggagalkan
usahanya. Jadi, kejayaan seseorang mendapatkan ilmu itu adalah kekalahan
pada pihak musuhnya.
        Tinggal lagi ilmu yang telah didapatinya itu menuntut daripadanya supaya
ia diamalkan. Apabila ia mampu mengamalkan ilmu yang telah dihasilkannya
tadi maka ilmu itu menjadi perhiasan bagi dirinya dan ilmu itu telah bermanfaat
baginya.

sumber:Buku Ya Bunayya!
           ( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
           Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam






Wednesday, 28 December 2011

Pendekkan Angan-angan, dan Ingatlah Mati


Nasihat Imam Ibnul Wardi
________________________________________________



gambar:Hasnulhadiahmad



















"Pendekkan angan-anganmu pada dunia nescaya engkau beruntung.
Tanda orang yang berakal itu pendek angan-angannya."

 "Sesungguhnya barangsiapa sedar bahawa dia sedang diburu oleh kematian,
dan kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja,maka wajarlah ia mengingati
akan mati dan bersedia untuk mati."


Keterangan

Panjang angan-angan itu menjadikan seseorang lupa akan mati dan akhirat dan
lupa akan hakikat diri.Walau panjang mana pun angan-angan seseorang maka yang
didapatinya hanyalah sekadar apa yang telah ditentukan oleh Allah Taala jua.
Walaupun ada kemungkinan kita akan hidup sekian tahun lagi,namun kematian
bila-bila masa mungkin pula datang menjemput kita.
      Orang yang panjang angan-angannya biasanya akan diserang oleh kegelisahan
yang memanjang dan rasa tidak puas dengan anugerah yang telah diberikan oleh
Allah kepadanya.
      Walaupun sudah sekian banyak harta yang dimilikinya namun ia masih merasa
berhajat kepada tambahan yang lain lagi. Begitulah hakikat orang yang panjang 
cita-cita.Ia sentiasa gelisah,tak puas dan tak bersyukur terhadap nikmat yang telah
diberikan. Maka orang yang bijak ialah orang yang pendek cita-citanya terhadap
dunia dan banyak membuat amal kebajikan sebagai bekalan untuk hidup sesudah 
mati.

sumber:Buku Ya Bunayya!
           ( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
           Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam

Siapa Kaya,Siapa Miskin?




    Apakah hakikat kekayaan,dan apa hakikat
kemiskinan?
    Setelah payah Hukama' mencari apakah erti
kekayaan yang sebenarnya,mereka mendapat
keputusan,iaitu:
    "Orang kaya ialah orang yang sedikit 
    keperluannya"
    Jadi jangka turun naik kekayaan dan kemiskinan,
ialah hajat dan keperluan.Siapa yang paling sedikit
keperluannya,itulah orang yang paling kaya dan
siapa yang amat banyak keperuannya,itulah orang
yang miskin.Sebab itu yang maha kaya hanya Allah.Sebab Allah tidak berkehendak
keperluan atau hajat.
      Jutawan ramai yang miskin!
      Dasar segala yang tersebut itu,pergantungannya ialah diri sendiri.Kalau orang hendak
kaya,cukuplah apa yang ada,jangan bernafsu hendak memiliki kepunyaan orang lain,
hadapkan saja muka di dalam taat kepada Allah,tenteramkan jiwa di dalam menghadapi
alhayat.
      Kalau hendak miskin,ingatlah segala yang teringat,kenanglah segala yang belum ada,
hendaki ini dan itu,hendaki rumah yang lebih cantik,kerana yang sekarang walaupun
bagaimana cantiknya,belum juga cukup rasanya, sebab belum secantik rumah si anu,
padahal rumah kita sendiri,sudah titik air liur orang lain melihatnya.
      Kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada,sudi menerima walaupun berlipat
ganda beratus-ratus bilion,sebab dia nikmat Tuhan.Tidak pula kecewa jika jumlahnya
berkurang,sebab dia datang dari sana dan  akan kembali ke sana.Jika kekayaan melimpah
ialah untuk menyokong amal dan ibadat,iman dan untuk membina keteguhan hati
menyembah Tuhan.Harta tidak dicintai kerana dia harta.Harta hanya dicintai sebab dia
pemberian Tuhan,dipergunakan kepada yang berfaedah.

      Apakah perbezaan antara orang banyak
harta dengan orang yang hanya berbaju
yang  lekat di tubuh itu sahaja?
      Orang yang banyak harta dan orang
yang tidur di kaki lima, adakah berbeza
perasaan sakit yang mereka tanggungkan?
Adakah berbeza demam yang mereka
hidapkan?Tidak....Walaupun orang kaya
tidur di tilam tebal dan berselimut mahal,
dan orang miskin tidur beratapkan langit
sahaja.
      Kematian boleh datang menyerang
seorang kaya yang sedang berada di atas
singgahsana keemasan,dijaga oleh
dayang-dayang yang ramai,beratus-ratus
pengawal yang berdiri di muka pintu.
Kematian pun boleh datang kepada
seorang peminta-minta sehinga dia
tersungkur di tepi jalan.
   
     Bukan harta sedikit yang menyebabkan susah, bukan harta yang banyak yang
menyebabkan gembira. Asas gembira dan susah payah adalah jiwa yang gelisah atau
jiwa yang tenang dan damai.



sumber: Buku Tasauf Moden
          oleh Prof Dr. HAMKA









Tuesday, 27 December 2011

'Perang Salib' Tidak Pernah Berakhir



Solahuddin al-Ayubi mampu
menghadapi kemaraan tentera
salib pimpinan 'Richard the Lion
Heart' dalam satu peperangan
sengit antara tentera Islam dan
Kristian suatu ketika dahulu,
dan kemenangan berpihak
kepada Islam,beliau telah
mengembalikan maruah umat
Islam daripada ditindas oleh
golongan kuffar.
    Ini bermakna jika umat Islam
disegenap penjuru dunia bersatu,
tidak menjadi mustahil mereka mampu menghadapi mana-mana golongan yang sesat
daripada kalangan Yahudi dan Nasrani.
      Persoalannya mereka (umat Islam) lupa kepada peringatan al-Quran bahawa selagi
mereka Islam,selagi itu mereka menjadi musuh kepada golongan musuh Islam,kekuatan
dan kemuliaan mereka bergantung kepada Islam.
      Dalam hal ini benarlah apa yang pernah disebut oleh Sayidina Omar bin al-Khattab yang
menyatakan "Kita adalah golongan yang hina yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, apabila kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka
kita akan ditimpa  dengan kehinaan."
      Kita umat Islam dikejutkan baru-baru ini dengan satu berita berhubung dengan
pentadbiran Amerika yang menandatangani dokumen yang menjadikan Baitulmaqdis
sebagai ibu negara Israel.
      Pemimpin Amerika dengan berani berbuat demikian tanpa menghiraukan sensitiviti umat
Islam adalah kerana beliau belajar daripada segelintir daripada mereka yang melakukan
tindakan yang menghina Islam.
      Permusuhan yang semakin ketara ditunjukkan oleh Amerika menjelang peristiwa Israk
danMikraj, ia adalah salah satu perkara yang mesti diketahui oleh sebahagian besar umat
Islam mengenai Israk dan Mikraj iaitu permusuhan Yahudi dan Nasrani.
      Ahli kongres Amerika yang sebahagiannya berbangsa Yahudi cube mencatat sejarah
dengan  memecah tradisi dasar negara Amerika dengan meletakkan bibit-bibit permusuhan
ke atas umat Arab dan Islam bagi menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah jaguh.
      Umat Islam sudah lama berdiam diri berhubung campur tangan Amerika terhadap
Israel yang membenarkan keganasan berlaku di bumi Palestin dengan berbagai bentuk
dan rupa yang menyayat hati.
      Amerika bukan sekadar memberi sokongan moral kepada Israel di Palestin,malah
mengishtihar perang terhadap Iraq kononnya Presiden Saddam Hussein (sudah meninggal
dunia) seorang pengganas yang mesti dihapuskan segera.


Sumber: Surat Khabar Harakah












    

Monday, 26 December 2011

Kod Makanan Yang Mengandungi Lemak Haiwan




Selepas ini jangan main hantam je beli jajan..
Contoh: Apollo,Cardberry,Rota.Print code ini simpan dalam wallet atau henset.
Refer bila nak beli.Semoga Allah menhancurkan kaum-kaum yang zalim
dan musyrikin yang cuba menghancurkan Islam.Wallahu'lam....



  















  1.  E 100     21.  E 327     41.  E 475
  2.  E 101     22.  E 334     42.  E 476
  3.  E 120     23.  E 335     43.  E 477
  4.  E 140     24.  E 336     44.  E 478
  5.  E 141     25.  E 337     45.  E 481
  6.  E 153     26.  E 422     46.  E 482
  7.  E 160     27.  E 430     47.  E 483
  8.  E 161     28.  E 431     48.  E 491
  9.  E 210     29.  E 432     49.  E 492
10.  E 213     30.  E 433     50.  E 493
11.  E 214     31.  E 434     51.  E 494
12.  E 216     32.  E 435     52.  E 495
13.  E 234     33.  E 436     53.  E 542
14.  E 252     34.  E 440     54.  E 570
15.  E 270     35.  E 441     55.  E 572
16.  E 280     36.  E 470     56.  E 631
17.  E 300     37.  E 471     57.  E 635
18.  E 301     38.  E 472     58.  E 904
19.  E 325     39.  E 473     59.  E 920
20.  E 326     40.  E 474














Yang jelasnye,pringles pun ader jugak lemak binatang ni..........
Kalau tak percaya tengok ader E 471 kat ingredientsnya tu.....
Memang patut pun Allah turunkan bala virus influenza tu.........
Tak heranla kalau sekarang ni ramai sangat samseng.
Yang muda,yang tua,lelaki,perempuan,sama jer....
Solat yang wajib main tinggal je....
Doa pun banyak yang tak termakbul ekoran makanan-makanan seperti ni yang
jadi darah daging.......Nauzubillah....
Macam mane nak lahirkan lebih ramai islam yan betul-betul 'muslim'........
Dari kecik dah disuapkan makanan-makanan mengarut ni........
Yang herannya macam mana boleh ada tanda 'Halal' bagi makanan tersebut???
Bijaknyaorang-orang kafir memperdayakan orang islam hanya dengan makanan.
Kebijaksanaan mereka tidak kekal lama.......
Tapi,ingatlah suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,orang-orang
mukmin akan bangkit juga..........
Jika kita sedar dan prihatin,forwardlah untuk rakan-rakan seislam...
Semoga kita lebih berhati-hati dengan tipu daya dan helah musuh-musuh Allah SWT...

Tolong copy and paste dan sebarkan........






Cara Pasang Timeline

















Ketahuilah cara-cara nak pasang Timeline di Facebook korang.
Ada sesetengah orang yang suka di Facebooknya ada Timeline,
tetapi bukan semua.Kepada semua yang sukakan Timeline di Facebook
dan ingin memasangnya untuk mencantikkan lagi Facebook.

Sila Baca betul-betul apa yang aku hendak katakan.


Cara-cara

     1.  Tekan butang di bawah

     2.  Kemudian,tekan kotak warna hijau seperti yang rajah di bawah


      3.Selesai



Amaran:
               Selepas korang Tukar Facebook korang kepada Timeline,jangan harapla korang
               dapat Facebook asal korang balik.....

               Jikalau korang nak tukar Facebook korang kepada asal,senang saje.....
               Klik butang di bawah




Cara Delete Timeline

Ini Timeline aku


Disini aku ingin berkongsi tentang cara-cara nak delete Timeline di Facebook korang.
Mungkin ada antara korang yang sudah pun membuat Timeline di Facebook,ada yang
belum buat atau Timeline secara automatic.Tetapi bukan semua orang yang suka.

Kepada semua yang tidak sukakan Timeline korang dan ingin mengembalikan Facebook
yang asal.
Sila baca di bawah.Baca betul-betul!!!



delete facebook account 300x75 Cara Delete Timeline | Kembalikan Facebook Lama





Korang delete je laaa account facebook korang. Lepas dah deactive,
korang dah takkan dapat tengok lagi timeline facebook kat profile korang
melainkan korang re-activate account korang semula.
Tapi ingat, kalau re-activate balik, akan Timeline tu kat facebook korang.
Simple je kan? So cubalah…
semoga berjaya ye semua,jangan lupa share dengan kawan-kawan lain


Karya Asal:Azri Johan










Sunday, 25 December 2011

Ciri-ciri Orang Fasik


_____________________________________________________________

                                               Soalan
_____________________________________________________________

Ustaz,bolehkah ustaz perjelaskan ciri-ciri orang fasik



_____________________________________________________________

                                              Jawapan Ustaz
_____________________________________________________________

Orang fasik ialah mereka yang berbuat dosa-dosa besar seperti tidak solat,
minum arak, atau berjudi walaupun sekali.Orang fasik kekal melakukan
dosa-dosa kecil seperti memakai emas bagi lelaki.

_____________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Saturday, 24 December 2011

Profil Sahabat Rasulullah S.A.W

_____________________________________________________________________
                           Singa Allah
_____________________________________________________________________

Nama penuh beliau adalah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abd Manaf
bin Qusai bin Kilab.
     Beliau dilahirkan di Makkah.Beliau juga mrupakan bapa saudara Nabi Muhammad
s.a.w. dan rapat dengan Baginda.Antara sifat peribadinya adalah gagah,berani,bijak
mengatur strategi perang dan sangat menjaga tingkah laku.
     Beliau digelar 'Asadullah' (singa Allah),simbolik kepada keberaniannya di medan
perang.Hamzuh turut digelar 'Sayyid al-Shuhada'' (pnghulu orang yang mati syahid)
kerana gugur syahid ketika peperangan Uhud.
     Beliau juga mempunyai sifat kasih terhadap Rasulullah.Ini ditunjukkan dengan jelas
ketika peristiwa pengislamannya.Dalam Sirah
Ibn Hashim menceritakan bahawa Abu Jahal telah
menyakiti Rasulullah.Sayidina Hamzah berasa
sangat marah apabila diberitahu oleh Abdullah
bin Jud`an tentang khabar ini.Beliau yang baru
pulang daripada berburu terus pergi kepada
Abu Jahal dan memanah kepadanya menggunakan
busar.Beliau berkata:"Adakah engkau yang
telah menyakiti Rasulullah s.a.w.,sedangkan aku
telah berada dalam agamanya (islam)?"
     Sumbangan beliau terhadap islam amat
banyak termasuklah menyertai tentera Islam
dalam peperangan,selalu melindungi Rasulullah,
berdakwah dan sanggup berkorban demi
menegakkan agama Islam.
      Saksi kesyahidan beliau masih utuh di Madinah iaitu bukit Uhud.Bukit Uhud menjadi
saksi beliau syahid apabila dipanah oleh Wahshi,Seorang hamba kepada Jubair bin Mut`im.
Wahsyi membunuh Hamzah kerana perjanjiannya dengan tuannya untuk membebaskan
dirinya daripada terus menjadi hamba......

___________________________________________________________________

-Sumber:
    Majalah Solusi





'InsyaAllah' Itu Bukan Satu Janji


___________________________________________________________

                                      Soalan
___________________________________________________________


Ustaz,adakah 'InsyaAllah' itu dikira satu janji



___________________________________________________________

                                     Jawapan Ustaz
___________________________________________________________

Lafaz 'InsyaAllah' itu dikira sebagai berjanji kerana ia hanya perkataan yang
bertujuan mengingatkan bahawa kita hanya mampu merancang melakukan
sesuatu tetapi hanya Allah sahaja yang menjayakannya.
      Janji perlu dilafazkan dengan jelas seperti apabila ditanya,
      "Bila kamu nak bayar hutang saya?"
      Kemudian menjawab,"Saya bayar esok,InsyaAllah."

___________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Thursday, 22 December 2011

Hukum Memakai Tali Leher

_______________________________________________________________

                                      Soalan
_______________________________________________________________


Ustaz,apakah hukum memakai tali leher?



________________________________________________________________

                                     Jawapan ustaz
________________________________________________________________




Hukum memakai tali leher berlaku khilaf (perbezaan pendapat)
dalam kalangan sarjana fikah kerana tiada nas yang jelas 
pengharamnya.
        Oleh itu,ia kembali kepada ruf (adat).Sekiranya dalam
sebuah negeri itu ia hanya dipakai oleh orang bukan islam,
maka haram memakainya.Sekiranya tidak menjadi pakaian
khusus untuk orang bukan islam sahaja ataupun ia juga menjadi
pakaian biasa bagi orang islam,maka tidak haram memakainya.

________________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Bawa Telefon Bimbit Perisian Al-Quran

sumber:MyIman


_______________________________________________________________

                                 Soalan
_______________________________________________________________



Ustaz,apa hukum membawa telefon bimbit yang di dalamnya terdapat
perisian al-Quran?Perlukah saya sentiasa mempunyai air berwuduk?
 Adakah saya tidak boleh membawa telefon saya ke dalam tandas?

________________________________________________________________

                                Jawapan ustaz:
________________________________________________________________

      Telefon bimbit yang mengandungi bacaan al-Qura ia tidak sama hukumnya
      dengan al-Quran.Ia tidak haram memegangny cuma sunat berwuduk.
           Begitu jugu tidak haram membawa masuk ke dalam tandas.Tetapi dengan
      syarat perlu pastikan tidak berbunyi bacaan al-Quran ketika berada di dalamnya.


_________________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa



  

Hukum Merokok

________________________________________________________________

                                  Soalan
________________________________________________________________



Ustaz,saya mohon bertanya,apa hukum merokok?
Apa hukumnya sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu
makruh,sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit 
dan membahayakan kesihatan.Apakah itu dikira haram saya 
              menghisap rokok?

_________________________________________________________________

                           Jawapan Ustaz
_________________________________________________________________

    Menurut pendapat mazhab Syafie,hukum menghisap rokok itu makruh
    Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan sakit,
    maka hukum makruh itu berubah kepada hukum haram.
         Dari sudut pembaziran,ada dua hukum.Pembaziran yang melampau
    batas hukumnya adalah haram.Pembaziran kategori ini yang disebut
    dalam ai-Quran sebagai saudara syaitan.
         Pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya
    dan tidak termasuk saudara syaitan..


__________________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Pertandingan Futsal

____________________________________________________________

                            Soalan
____________________________________________________________


Ustaz,pertandingan futsal ini mengenakan yuran sebanyak RM150 untuk
pasukan yang bertanding.Manakala hadiah adalah daripada hasil yura
dikutip.Apakah hukumnya?


____________________________________________________________

                             Jawapan ustaz
____________________________________________________________


    Sekiranya hadiah yang menjadi rebutan peserta adalah hasil daripada kutipan
    yuran yang diambil daripada setiap pasukan,maka hukumnya adalah haram 
    kerana ia adalah judi..

________________________________________________________________

Menyimpan Janggut

_______________________________________________________________

                           Soalan
_______________________________________________________________ 


Ustaz,saya ada menyimpa janggut.Saya bekerja di tengah panas dan kawan
sekerja mendakwa muka saya nampak serabut.Apabila saya cukur janggut
orang kata kemas sikit.Saya tahu hukum menyimpan janggut adalah sunnah
Rasulullah tetapi saya bimbang apabila saya simpan janggut,
              orang kata saya merosakkan sunnah?



________________________________________________________________

                            Jawapan ustaz
________________________________________________________________


    Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah yang diberi pahala sesiapa yang
    mengikutnya.Sebahagian sarjana Islam berpendapat sunat menjaga janggut
    dengan rapi,diminyakkan dan dipotong supaya menjadi kemas dan kelihatan
    segak pada mata orang.
        Ada sebahgian sarjana Islam lagi berpendapat sunat memotong janggut yang
    lebih daripada segenggam kerana mengikut amalan beberapa orang sahabat.

________________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Bermain Snuker

________________________________________________________________

                               Soalan
 ________________________________________________________________


Ustaz,sya berminat bermain snuker.Apabila saya bersama kawan-kawan,
siapa yang kalah perlu membayar harga permainan itu kepada empunya
kedai snuker itu.Contohnya satu jam RM12.00.Adakah ini dikira sebagai judi?

 ________________________________________________________________

                               Jawapan ustaz
_________________________________________________________________

    Permainan yang mewajibkan salah seorang peserta yang kalah kena membayar
    harga sewa tidak termasuk udi.Walau bagaimanapun,ia adalah suatu perbuatan 
    yang menyerupai judi.


_________________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Wednesday, 21 December 2011

Kencing Berdiri


______________________________________________________________

                         Soalan
______________________________________________________________

Ustaz,adakah berdosa orang membuang air kecil berdiri?



_____________________________________________________________

                          Jawapan Ustaz
______________________________________________________________

    Majoriti sarjana fikah berpendapat sunat membuang air kecil dalam keadaan duduk.
    Oleh itu,siapa membuang air kecil dalam keadaan berdiri,perbuatannya adalah makruh,
    tetapi tidak berdosa..

______________________________________________________________


-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Nikah Gantung

____________________________________________________________

                                   Soalan
____________________________________________________________


Ustaz,apakah maksud 'Nikah Gantung'



____________________________________________________________

                                   Jawapan Ustaz
____________________________________________________________

    Apa yang saya faham adalah selepas bernikah pihak keluarga isteri tinggal
    bersama suami atas sebab-sebab tertentu.Nikah gantung ini bersalahan dengan
    syariat islam yang mana menghendaki isteri tinggal dengan suami selepas
    berlangsungnya akad nikah,

____________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa


Hukum Suami Ambil Duit Isteri


__________________________________________________________

                                    Soalan
_________________________________________________________
  

Ustaz,apakah hukum suami mengambil duit isteri tanpa pengetahuan
isteri?


__________________________________________________________

                                    Jawapn Ustaz
__________________________________________________________

    Hukum mengambil duit isteri tanpa izinnya adalah tidak harus.
    Perbuatan itu dikira sebagai mencuri di sisi syarak.

___________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa


'Couple' (berpasangan)


________________________________________________________________

                             Soalan
________________________________________________________________


Ustaz, apakah hukum saya pergi menemankan pasangan 'couple'berjumpa?
Saya sudah beritahu kawan bahawa 'couple' adalah haram.
Namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan 'couple' itu haram.
 Apakah pula yang dimaksudkan dengan zina mata?

_________________________________________________________________

                             Jawapan Ustaz
_________________________________________________________________

 
Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram adalah haram menurut ijmak ulama.Perbuatan ini juga
haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis 
Rasulullah s.a.w yang  direkodkan Bukhari bermaksud:
             "Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki 
             melainkan ditemani oleh mahramnya."


_________________________________________________________________

-Sumber:
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa






Andai Kasihkan Rasulullah,Ucapkan Selawat


 ______________________________________________________________

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
        "Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari
        dan  sepuluh kali pada waktu petang,
        maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
                                    -Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda r.a.-

______________________________________________________________

Tempat dan waktu dianjurkan berselawat:
  1. Sesudah laungan azan
  2. Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid
  3.  Dalam solat jenazah
  4. Dalam takbir-takbir hari raya
  5. Sewaktu membaca tahiyat (Tasyahud) akhir dalam solat
  6. Pada awal dan akhir bacaan solat
  7. Pada malam dan siang hari Jumaat
  8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
  9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w.
  10. Tiap pagi,ketika mengadakan majlis ceramah,ketika susah,akit dan lain
 ___________________________________________________________________________

Di ambil dari majalah:
                  Gen-Q oleh Teacher Ruby.

Agar Dicintai Nabi s.a.w.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
             "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya ia telah mencintaiku,
             dan sesiapa yang mencintai aku,nescaya ia bersama-sama di dalam syurga."
                                                                                 -Riwayat oleh Anas r.a-

_________________________________________________________________________


Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. meskipun baginda s.a.w. sudah wafat,Imam Malik tetap menghormati baginda s.a.w. sehingga beliau tida mahu menunggang di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w.
     Diceritakan bahawa Imam Malik mempnyai beberapa ekor kuda yang cantik,pemberian beberapa orang hartawan kepada
beliau sebagai hadiah.Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau itu hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik selalu berjalan kaki ke masjid kerana mengajar dan bersolat,maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehinnga ada orang bertanya kepada Imam Malik,
     "Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja?"
Imam Malik menjawab:
     "Apakah kau tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku ke atas bumi yang di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w.?"
   Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya telah lemah serta sakit-sakit,Imam Malik masih juga tidak
mahu menunggang kudanya untuk pergi bersolat di masjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara maranya.Beliau lebih
suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w...............

(sumber:Ustaz Mohamad Wahid Hanif)

Tuesday, 20 December 2011

Waktu Pagi Lebih Indah Disinari Nikmat Dhuha

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
          "Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah.
          Untuk itu,setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,
          setiap tahlil adalah sedekah dan stiap takbir adalah sedekah.
          Menyeru makruf adalah sedekah,mencegah munkar adalah sedekah.
          Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solah dhuha."

Nikmat solat sunat dhuha
  1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai
  2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan
  3. Diperkenankan doa selepas solat sunat dhuha
  4. Dimurahkan rezeki
  5. Dipelihara oleh Allah
  6. Dihapuskan dosa
*diambil dr majalah Gen-Q*

Siapakah Lelaki Kacak Itu?

                                                                           *diambil dr I luv islam


Sabda Nabi S.A.W,mafhumnya:
        " Bila seorang mati dan saudaranya sibuk dengan mengebumikannya,
         berdiri seorang lelaki kacak di kepalanya.Bila mayatnya dikapan,
         lelaki itu berada antara kain kapan dan si mati.Selepas kebumi,
         semua orang pulang ke rumah,malaikat mungkar dan nakir datang
         dan cuba pisahkan lelaki itu agar dapat soal si mati itu.
         Lelaki kacak itu bertegas tidak mahu berganjak kerana si mati itu
         temannya dan tidak akan meninggalkan si mati hingga dipastikan 
         si mati itu masuk syurga.Lelaki itu memperkenalkan diri kepada
         si mati bahawa dia adalah 'Al-Quran' yang selalu dibacanya 
         kadang-kadang dengan suara nyaring,kadang-kadang dengan suara 
         perlahan.Selepas soal siasat mungkar dan nakir selesai,
         lelaki kacak itu aturkan pertemuan dengan malaikat dalam syurga
         dan tempat tidur dari sutera dengan wangian kasturi..........."

Monday, 19 December 2011

Indahnya..............

KaTa YanG PaLinG iNdaH aDaLaH ...'' ALLAH ''... 
LaGu YanG PaLinG mErDu aDaLaH...'' AZAN ''... 
NoVeL YanG PaLinG baIk aDaLaH...'' AL - QURAN ''... 
SeNaMaN YanG PaLinG sIhaT aDaLaH...'' SOLAT ''... 
DieT YanG PaLinG sEmPurNa aDaLaH...'' PUASA ''... 
KeBerSiHan YanG PaLinG mEnYeGarKan aDaLaH...'' WUDHUK ''.. . 
PerJaLaNaN YanG PaLinG InDaH aDaLaH...'' HAJI ''...

*Diambil dr An Nisa' *

Ikatan Membawa Rezeki

 Peristiwa yg selalu mengeratkan silaturahim antara kita,keluarga,saudara-mara,sahabat-sahabat handai & jiran tetangga ialah ketika tibanya hari raya.Sambil makan ketupat rendang & kuih muih,disertai dgn air sirap bandung,suasana pada hari tu sangat menyeronokkan.
    Namun yg sebenarnya,mengeratkan silaturahim bukanlah terletak pada tarikh atau dalam peristiwa tertentu.Ia perlu terjalin setiap masa tidak kira hari ,minggu,bulan atau tahun.Selagi nyawa dikandung badan & kita hidup bermasyarakat,selagi itulah kita perlu memelihara silaturahim.
   Jika dalam 1 hari kita tidak menjaga ikatan itu sehingga terlerai & bermasam muka,maka hilanglah nikmat rezeki kita.Seperti riwayat Al-Bukhari & Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud "Sesiapa yg ingin di luaskan rezeki & dipanjangkan umurnya,hendaklah menyambung silaturahim".



(diambil dr majalah GenQ)

___________________________________________________________________


_____________________________________________________________________



 

Tak Terima Hakikat



Biasanya apabila kita kehilangan sesuatu dalam suatu masa,apa yg terfikir ialah ada orang lain yg mengambilnya.Contohnya kalau basikat kita hilang,yg kita bayangkanialah ada orang yg mencurinya.Dengan tidak semena-mena & tanpa usul periksa,lahirlah kata-kata tuduhan & makian yg tidak sepatutnya keluar dari mulut.
        Jadi,usahlah kita menjadi orang yg tidak bertamadun.Terimalah hakikat (qadak &qadar) yg Allah tentukan.Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.Kalau pen kita hilang,mungkin kita akn dapat pen yg lebih canggih yg boleh keluarkan bunyi misalnya.Manatahu,kan?Tak perlulah nak tuduh siapa & keluar kata-kata yg tak slok.
        Ada riwayat daripada Al-Bukhari & Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud "Bukan termasuk golongan kami orang yg menampar-nampar pipi,mencarik-carik pakaian & mengeluarkan kata-kata jahiliah (apabila mendapat musibah)".

(diambil dr majalah GenQ)


____________________________________________________________________________

 ____________________________________________________________________________


Sunday, 18 December 2011

Cerita Utk Mengisi Masa Lapang

 __________________________________________________________________

1. Layannn........

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.

Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?  
Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna: Tentu! Selamanya akan tetap begitu...
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna: Tidak! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: Mahukah kau menciumku?
Teruna: Ya.
Dara: Sayangku ♥

Sesudah 3 tahun perkahwinan…

*Sila baca dari bawah ke atas pulak...hehe*


____________________________________________________________________

2. Layannnn

Lelaki : Weh! Tolong ajar aku buat facebook boleh tak?
Kawan : Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?
Lelaki : Dah. Aku dah ada email pun.
Kawan : Cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer.
Lelaki : Browser tu ape?
Kawan : Laa. Ko klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.
Lelaki : Lepastu?
Kawan : Kat kotak paling atas, ko type www.facebook.com pastu enter.
Lelaki : Oke! Lepastu weh?
Kawan : Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada.
Lelaki : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.
Kawan : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.
Kawan : Oh! Ko salah tulis dari awal tu.
Lelaki : Betul la aku type, www.facebook.com.
Kawan : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.
Lelaki : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde internet.
Lelaki : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.
Kawan : Sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com
              Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.
Kawan : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii.

Lelaki: www tu ape weh?
Kawan:Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarokatuh

*Diambil dr wall Irfan Foner