Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya ia telah mencintaiku,
dan sesiapa yang mencintai aku,nescaya ia bersama-sama di dalam syurga."
-Riwayat oleh Anas r.a-
_________________________________________________________________________
Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. meskipun baginda s.a.w. sudah wafat,Imam Malik tetap menghormati baginda s.a.w. sehingga beliau tida mahu menunggang di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w.
Diceritakan bahawa Imam Malik mempnyai beberapa ekor kuda yang cantik,pemberian beberapa orang hartawan kepada
beliau sebagai hadiah.Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau itu hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik selalu berjalan kaki ke masjid kerana mengajar dan bersolat,maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehinnga ada orang bertanya kepada Imam Malik,
Imam Malik menjawab:
"Apakah kau tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku ke atas bumi yang di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w.?"Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya telah lemah serta sakit-sakit,Imam Malik masih juga tidak
mahu menunggang kudanya untuk pergi bersolat di masjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara maranya.Beliau lebih
suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Nabi s.a.w...............
(sumber:Ustaz Mohamad Wahid Hanif)
No comments:
Post a Comment