Peristiwa yg selalu mengeratkan silaturahim antara
kita,keluarga,saudara-mara,sahabat-sahabat handai & jiran tetangga
ialah ketika tibanya hari raya.Sambil makan ketupat rendang & kuih
muih,disertai dgn air sirap bandung,suasana pada hari tu sangat
menyeronokkan.
Namun yg sebenarnya,mengeratkan silaturahim
bukanlah terletak pada tarikh atau dalam peristiwa tertentu.Ia perlu
terjalin setiap masa tidak kira hari ,minggu,bulan atau tahun.Selagi
nyawa dikandung badan & kita hidup bermasyarakat,selagi itulah kita
perlu memelihara silaturahim.
Jika dalam 1 hari kita tidak
menjaga ikatan itu sehingga terlerai & bermasam muka,maka hilanglah
nikmat rezeki kita.Seperti riwayat Al-Bukhari & Muslim bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud "Sesiapa yg ingin di luaskan
rezeki & dipanjangkan umurnya,hendaklah menyambung silaturahim".
(diambil dr majalah GenQ)
___________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment