menghadapi kemaraan tentera
salib pimpinan 'Richard the Lion
Heart' dalam satu peperangan
sengit antara tentera Islam dan
Kristian suatu ketika dahulu,
dan kemenangan berpihak
kepada Islam,beliau telah
mengembalikan maruah umat
Islam daripada ditindas oleh
golongan kuffar.
Ini bermakna jika umat Islam
disegenap penjuru dunia bersatu,
tidak menjadi mustahil mereka mampu menghadapi mana-mana golongan yang sesat
daripada kalangan Yahudi dan Nasrani.
Persoalannya mereka (umat Islam) lupa kepada peringatan al-Quran bahawa selagi
mereka Islam,selagi itu mereka menjadi musuh kepada golongan musuh Islam,kekuatan
dan kemuliaan mereka bergantung kepada Islam.
Dalam hal ini benarlah apa yang pernah disebut oleh Sayidina Omar bin al-Khattab yang
menyatakan "Kita adalah golongan yang hina yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, apabila kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka
kita akan ditimpa dengan kehinaan."
Kita umat Islam dikejutkan baru-baru ini dengan satu berita berhubung dengan
pentadbiran Amerika yang menandatangani dokumen yang menjadikan Baitulmaqdis
sebagai ibu negara Israel.
Pemimpin Amerika dengan berani berbuat demikian tanpa menghiraukan sensitiviti umat
Islam adalah kerana beliau belajar daripada segelintir daripada mereka yang melakukan
tindakan yang menghina Islam.
Permusuhan yang semakin ketara ditunjukkan oleh Amerika menjelang peristiwa Israk
danMikraj, ia adalah salah satu perkara yang mesti diketahui oleh sebahagian besar umat
Islam mengenai Israk dan Mikraj iaitu permusuhan Yahudi dan Nasrani.
Ahli kongres Amerika yang sebahagiannya berbangsa Yahudi cube mencatat sejarah
dengan memecah tradisi dasar negara Amerika dengan meletakkan bibit-bibit permusuhan
ke atas umat Arab dan Islam bagi menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah jaguh.
Umat Islam sudah lama berdiam diri berhubung campur tangan Amerika terhadap
Israel yang membenarkan keganasan berlaku di bumi Palestin dengan berbagai bentuk
dan rupa yang menyayat hati.
Amerika bukan sekadar memberi sokongan moral kepada Israel di Palestin,malah
mengishtihar perang terhadap Iraq kononnya Presiden Saddam Hussein (sudah meninggal
dunia) seorang pengganas yang mesti dihapuskan segera.
Sumber: Surat Khabar Harakah
No comments:
Post a Comment