Nasihat Imam Ibnul Wardi
________________________________________________
gambar:Hasnulhadiahmad |
"Pendekkan angan-anganmu pada dunia nescaya engkau beruntung.
Tanda orang yang berakal itu pendek angan-angannya."
"Sesungguhnya barangsiapa sedar bahawa dia sedang diburu oleh kematian,
dan kematian itu boleh datang bila-bila masa sahaja,maka wajarlah ia mengingati
akan mati dan bersedia untuk mati."
Keterangan
Panjang angan-angan itu menjadikan seseorang lupa akan mati dan akhirat dan
lupa akan hakikat diri.Walau panjang mana pun angan-angan seseorang maka yang
didapatinya hanyalah sekadar apa yang telah ditentukan oleh Allah Taala jua.
Walaupun ada kemungkinan kita akan hidup sekian tahun lagi,namun kematian
bila-bila masa mungkin pula datang menjemput kita.
Orang yang panjang angan-angannya biasanya akan diserang oleh kegelisahan
yang memanjang dan rasa tidak puas dengan anugerah yang telah diberikan oleh
Allah kepadanya.
Walaupun sudah sekian banyak harta yang dimilikinya namun ia masih merasa
berhajat kepada tambahan yang lain lagi. Begitulah hakikat orang yang panjang
cita-cita.Ia sentiasa gelisah,tak puas dan tak bersyukur terhadap nikmat yang telah
diberikan. Maka orang yang bijak ialah orang yang pendek cita-citanya terhadap
dunia dan banyak membuat amal kebajikan sebagai bekalan untuk hidup sesudah
mati.
sumber:Buku Ya Bunayya!
( 40 Nasihat Imam Ibnul Wardi)
Terjemahan dan Huraian oleh Ustaz Fahmi Zamzam
No comments:
Post a Comment